293 hari lebih tepat.. lama aku x memblogging.. asyik duk baca blog orang ja.. adakah permulaan pertama ini akan tergendala juga nanti? Aku berazam (azam la sangat) akan berblogging jugak lebih2 agi skarang masa aku sangat banyak terluang di rumah..

Berbalik kepada blog2 yg aku follow sejak dua menjak ni, ada satu blog tu agak ringkas, padat dengan informasi2 yang pelik2 dan tak pernah kita jangkakan. 5 bintang jugak la pada blog tersebut kerana membuatkan aku tekan F5 sentiasa dkat website dia.. hahah

Lagi satu blog ni aku hanya buka bila rasa jiwa aku betul2 kuat, bukan apa blog dia tu berkisar pada kemalangan jalanraya. Boleh la kalau yang ambil medic tu tengok, tengok gak mana2 antanomi manusia yang dah x nampak dengan sempurna tu. Huhu ngeri2..

Jadi, untuk semangat 'musin ke-2' ni, tulisan mungkin banyak berkaitan dengan isu2 semasa serta perbincangan mengenainya dan tak lupa juga pandangan2 aku terhadap satu2 perkara.. Mcm yang season 1.. hehe ok2, walaupun rasa cam syok sendiri ja wat blog ni, mana tau nant blh dijadikan rujukan kepada mereka2 yang memerlukan panduan.

InsyaAllah



Bismillahirrahmannirrahimm..

Terkadang terfikirkah kita Dajjal ini sebenarnya bagaimanakah rupanya? Ada banyak juga hadis2 yang menyentuh tentang dajjal ini, tetapi tidak banyak dibincang kan masalah akhir zaman ini, ketahuilah ada satu hadis yang mengatakah bahawa munculnya dajjal ketika tiada lagi imam2 di mimbar2 menceritakan mengenai dajjal ini.. Anda pernah dengar tentang perihal dajjal time khutbah ataupun ceramah2 agama sekarang??

Dajjal bagi tanggapan masyarakat sekarang ada beberapa versi; antaranya menganggap dajjal ini sesebuah negara yang sangat berkuasa, dapat memberi 'syurga' atau 'neraka' ( memberi kesenangan atau kesusahan) selagi mengikut telunjuk negara ini. Keduanya menganggap dajjal ini ialah segerombolan manusia. Ketiganya menganggap dajjal ini adalah alatan elektronik seperti TV, Komputer dan sebagainya. Keempat, melihat dajjal ialah seorang INDIVIDU LELAKI. Kelima menganggap dajjal merupakah elemen kejahatan dan kezaliman contohnya melihat pergerakan Freemanson dan Illuminati ini sebagai dajjal dan yang akhir sekali menganggap dajjal ini cuma mitos agama sahaja.

Kita harus yakin bahawa ada hadis yang menegaskan Dajjal in merupakan seorang individu LELAKI bukannya seperti lain2 tanggapan. Hadis pemuda TAMIM AD-DARI yang berjumpa dajjal di sebuah pulau. Hadis ini banyak diriwayatkan. Cari, baca dan fahami isi dan setiap perkataan pada hadis ini.(http://farrishanafi.wordpress.com/2010/01/02/kisah-tamim-ad-dari-hadith-rasulullah-saw/) Keduanya, hadis tentang ibnu-shayyad. Pernah dengan nama ini? Jika tidak, cari dan faham siapakah sebenarnya ibnu-shayyad ini. Kebanyakkan hadis ada berkaitan dengan bentuk fizikal dajjal itu sendiri, dan menjurus kepada dajjal itu sebenarnya seorang INDIVIDU LELAKI.

Dahulu saya juga pernah terfikir, dajjal ini mungkin nabi simbolkan dia kepada sesuatu. TV juga bermata satu.. Tetapi selepas saya bertanya kepada seorang ustaz, lantas dia menafikan sedemikian.. Ingatlah, lain fikiran kita terhadap dajjal itu sendiri sebenarnya membahayakan diri kita sendiri. Seperti contoh seorang bapa menasihati anaknya supaya jangan mandi di sungai kerana ada buaya. Si anak yang tidak pernah bertemu dengan buaya bertanya kawannya, lalu kawannya menerangkan buaya adalah haiwan reptilia.Si anak lalu beranggapan reptilia adalah seperti seekor cicak di dalam rumah lantas pergi ke sungai bermandi manda. Akhirnya si anak dibaham buaya kerana tidak menyangka ancaman buaya sangat dasyat.

Jadi, mari kita sama2 memperjelaskan lagi, siapakah nant dajjal itu sebenarnya? kerana anggapan kita akan menyebabkan kita sambil lewa dalam melawan fitnah yang paling besar berlaku sejak Adam a.s dicipta sehinggakan hari kiamat.Bersambung kebahagian seterusnya.. InsyaAllah

Allahualam..
(rujukan - membongkar misteri dajjal-Muhammad Nurani Maarif)


Wudu' merupakan salah satu perkara yang harus ada untuk muslim menunaikan solat. Di awalnya, wudu' ini hukumnya sunat untuk perkara-perkara tertentu seperti ketika membaca Al-Quran, untuk menenangkan hati yang marah dan sebagainya. Jatuhnya wudu' ini hukumnya wajib apabila ingin bersolat. Di sini terlihat pertukaran hukum daripada sunat kepada wajib atas sebab-sebab dan situasi tertentu. Apakah kaitannya wudu', pemimpin dan keperibadian yang ingin saya kupas kali ini? Mari kita buka minda untuk menghayati hikmah disebalik wudu' yang telah disyariatkan kepada kita ini.

Wudu' bertujuan mencuci atau membersihkan fizikal diri daripada sebarang kotoran sebagai syarat untuk menunaikan solat. Jika kita lihat dari segi falsafah wudu' ini, wudu' juga disimbolkan sebagai 'membersih'kan fizikal dan rohani daripada segala macam jenis kotoran. Muka dibasuh untuk memcuci apa-apa kesalahan yang telah dilakukannya.. melihat apa yang diharamkan, bau-bauan yang diharamkan. Tangan hingga ke siku, membersihkan dosa-dosa yang dilakukan tangan, mencuri, meniru, memukul atau tidak berlaku adil. Kaki pula dibasuh untuk membersihkan kotoran ketika kaki melangkah ke tempat yang tidak elok, ke pusat malam, tempat maksiat ataupun pelacuran.

Apa yang ingin saya ketengahkan untuk kita sama-sama mengambil pengajaran dari ilmu tuhan ini, wudu' dimulakan dengan membaca bismallah dan dimulai dengan membasuh tangan hingga kepegelangan tangan. Setelah membasuh anggota sunat seperti berkumur dan memasukkan air ke lubang hidung barulah disertai niat. Jika kita perhatikan amalan tersebut, amat jarang kita jumpa ibadah yang dilakukan ataupun dimulakan selain dengan niat. Niat berada setelah selesai 3 perkara tadi.Maka apabila dikaitkan dengan tajuk diatas, apabila memulakan wudu', dimulakan dengan tangan (iaitu telapak tangan). Fungsi tangan (telapak tangan) adalah berfungsi untuk membersihkan anngota-anggota wudu' yang lain. Bayangkan jika anda bersendirian wudu' tanpa mempunyai tangan. Mampukah anda melakukannya?

Tugas pemimpin adalah untuk memimpin manusia ke arah yang benar. Ke jalan yang diredhai Allah. Maka jika kita kaitkan dengan perkara wudu' ini, pemimpin ibarat tangan yang membersihkan anggota-anggota lain daripada kekotoran. Pemimpin harus mem'bersih'kan kekotoran didalam masyarakat umpama ibadah wudu' ini. Kerana itu dimulaikan dengan keperibadian pemimpin itu. Tangan adalah anggota pertama yang dibersihkan sebelum niat, maka pemimpin itu juga haruslah bersih dari apa-apa kesalahan besar ataupun dosa besar sebelum dia membersihkan masyarakat.Nant apa pula kata orang, hendak membersihkan masyarakat tapi diri sendiri yang kotor.

Niat didalam ibadah ini datangnya kemudian daripada membersihkan tangan. Pemimpin yang bersih dan mempunyai watak yang baik, zuhud, wara' adalah pilihan kerana itu melambangkan bersih. Maka apabila pemimpin ini dapat dijumpai, maka lihatlah niatnya. Terbit niat disini. IsnyaAllah, jika elok molek pemimpin itu, keperibadiannya juga elok. Jika buruk dan gila kuasa seseorang pemimpin tersebut, haruslah kita jauhkan kerana tangan yang kotor akan mengotorkan lagi anggota-anggota wudu' yang lain.

Pilihlah pemimpin yang bersih lg menyucikan. Lihatlah keperibadiannya sama dan jangan sesekali terlalu taksub kepada sesama manusia kerana manusia itu pasti melakukan kesalahan dan bukan maksum. Dan kita sebagai muslim hanya boleh mengagungkan nabi kita, Muhammad S.A.W sebagai sebaik-baik pemimpin. Ingatlah wahai manusia.. Carilah pemimpin yang adil lagi baik


Ceritera ini ....

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah...

Dan telanlah KEBENARAN itu walaupun ianya sangat pahit..

Tanda-tanda kebenaran itu akan selalu dilihat dan mudah untuk dikenali bagi mereka-mereka yang fasih dan bijak mengamatinya

I follow~