Wudu' merupakan salah satu perkara yang harus ada untuk muslim menunaikan solat. Di awalnya, wudu' ini hukumnya sunat untuk perkara-perkara tertentu seperti ketika membaca Al-Quran, untuk menenangkan hati yang marah dan sebagainya. Jatuhnya wudu' ini hukumnya wajib apabila ingin bersolat. Di sini terlihat pertukaran hukum daripada sunat kepada wajib atas sebab-sebab dan situasi tertentu. Apakah kaitannya wudu', pemimpin dan keperibadian yang ingin saya kupas kali ini? Mari kita buka minda untuk menghayati hikmah disebalik wudu' yang telah disyariatkan kepada kita ini.

Wudu' bertujuan mencuci atau membersihkan fizikal diri daripada sebarang kotoran sebagai syarat untuk menunaikan solat. Jika kita lihat dari segi falsafah wudu' ini, wudu' juga disimbolkan sebagai 'membersih'kan fizikal dan rohani daripada segala macam jenis kotoran. Muka dibasuh untuk memcuci apa-apa kesalahan yang telah dilakukannya.. melihat apa yang diharamkan, bau-bauan yang diharamkan. Tangan hingga ke siku, membersihkan dosa-dosa yang dilakukan tangan, mencuri, meniru, memukul atau tidak berlaku adil. Kaki pula dibasuh untuk membersihkan kotoran ketika kaki melangkah ke tempat yang tidak elok, ke pusat malam, tempat maksiat ataupun pelacuran.

Apa yang ingin saya ketengahkan untuk kita sama-sama mengambil pengajaran dari ilmu tuhan ini, wudu' dimulakan dengan membaca bismallah dan dimulai dengan membasuh tangan hingga kepegelangan tangan. Setelah membasuh anggota sunat seperti berkumur dan memasukkan air ke lubang hidung barulah disertai niat. Jika kita perhatikan amalan tersebut, amat jarang kita jumpa ibadah yang dilakukan ataupun dimulakan selain dengan niat. Niat berada setelah selesai 3 perkara tadi.Maka apabila dikaitkan dengan tajuk diatas, apabila memulakan wudu', dimulakan dengan tangan (iaitu telapak tangan). Fungsi tangan (telapak tangan) adalah berfungsi untuk membersihkan anngota-anggota wudu' yang lain. Bayangkan jika anda bersendirian wudu' tanpa mempunyai tangan. Mampukah anda melakukannya?

Tugas pemimpin adalah untuk memimpin manusia ke arah yang benar. Ke jalan yang diredhai Allah. Maka jika kita kaitkan dengan perkara wudu' ini, pemimpin ibarat tangan yang membersihkan anggota-anggota lain daripada kekotoran. Pemimpin harus mem'bersih'kan kekotoran didalam masyarakat umpama ibadah wudu' ini. Kerana itu dimulaikan dengan keperibadian pemimpin itu. Tangan adalah anggota pertama yang dibersihkan sebelum niat, maka pemimpin itu juga haruslah bersih dari apa-apa kesalahan besar ataupun dosa besar sebelum dia membersihkan masyarakat.Nant apa pula kata orang, hendak membersihkan masyarakat tapi diri sendiri yang kotor.

Niat didalam ibadah ini datangnya kemudian daripada membersihkan tangan. Pemimpin yang bersih dan mempunyai watak yang baik, zuhud, wara' adalah pilihan kerana itu melambangkan bersih. Maka apabila pemimpin ini dapat dijumpai, maka lihatlah niatnya. Terbit niat disini. IsnyaAllah, jika elok molek pemimpin itu, keperibadiannya juga elok. Jika buruk dan gila kuasa seseorang pemimpin tersebut, haruslah kita jauhkan kerana tangan yang kotor akan mengotorkan lagi anggota-anggota wudu' yang lain.

Pilihlah pemimpin yang bersih lg menyucikan. Lihatlah keperibadiannya sama dan jangan sesekali terlalu taksub kepada sesama manusia kerana manusia itu pasti melakukan kesalahan dan bukan maksum. Dan kita sebagai muslim hanya boleh mengagungkan nabi kita, Muhammad S.A.W sebagai sebaik-baik pemimpin. Ingatlah wahai manusia.. Carilah pemimpin yang adil lagi baik


Ceritera ini ....

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah...

Dan telanlah KEBENARAN itu walaupun ianya sangat pahit..

Tanda-tanda kebenaran itu akan selalu dilihat dan mudah untuk dikenali bagi mereka-mereka yang fasih dan bijak mengamatinya

I follow~