Aku mula membaca novel ini dengan meminjamnya dari sahabatku. Dia kata novel ini mirip pembunuhan Norrita yang menggemparkan kita pada 5 dec 2003, dikatakan bermula pembunuhan itu terjadi sekitar waktu 1.30 a.m hingga 2.30 a.m. Erm.. bagi aku. Ini bukannya mirip tapi inilah realliti yang dimiripkan. Hanya kerana penulis ingin berkongsi teorinya kepada pembaca maka inilah hasilnya. Novel yang dicanangkan hanya rekaan semata-mata tetapi suasana dan gaya pembunuhannya amat-amat mirip kepada kejadian sebenar.

Terlebih dahulu kiranya kita menghadiahkan ummul kitab kepada mangsa semoga rohnya dirahmati. Bukan mahu untuk memburukkan mangsa tetapi untuk memberi keadilan kepada keluarganya. Hanif Basree Abdul Rahman, suspect utama kes ini telah dibebaskan atas sebab pihak pendakwaraya gagal menunjukkan suspect bersalah atas dakwaan membunuh. Di manakah keadilannya selepas ini. Perbincangan ini agak berat kerana melibatkan nama mangsa, suspect-suspect lain, keluarga mangsa dan tidak lupa juga pihak polis. Saya tidak ingin mengulas tentang pihak-pihak yang telah disebutkan itu, tapi lebih kepada persoalan yang gagal dirungkaikan sehingga sekarang, sebab musabab, dan teori perkara ini berlaku.

Permulaannya, mangsa dikatakan menjalinkan banyak hubungan dengan lelaki. Dibuktikan dengan 8 orang telah direman untuk membantu siasatan, 7 lelaki antaranya seorang warga asing dan seorang wanita yang merupakan teman serumah mangsa. Ditemui juga beberapa buku akaun bank yang jumlahnya dikira dalam 1 JUTA lebih. Sedangkan mangsa berusia 23 TAHUN. Sumber kewangan mangsa diragui sedangkan dia hanya eksekutif pembangunan perniagaan. Dan kawasan apartment mangsa juga dikatakan sewaanya mencecah minimum RM 2000 sebulan. Adakah penglibatan orang-orang besar dan berpengaruh dalam kes ini? ?

Sumber forensik mengatakan mangsa mati akibat lemas, saluran pernafasan yang tersumbat. Dijumpai dalam keadaan bogel, tangan diikat ke belakang dan juga kaki diikat. Mulut disumbat dengan tisu-tisu dan juga tuala dan dijumpai sarung bantal yang digunakan untuk meyarung di kepala mangsa. Hasil forensik juga mendapati mangsa pada malam itu telah menadakan hubungan seks dengan 2 orang lelaki. Dijumpai kesan-kesan mani pada kemaluan mangsa, dubur dan juga di dalam mulut mangsa. Kesan mani di dalam kemaluan mangsa berlainan dari pada DNA mani yang dijumpai dalam dubur mangsa. Ini bermakna 2 orang telah melakukan hubungan seks pada malam kejadian.

Salah satu DNA mani itu disahkan milik Hanif Basree tetapi satu lagi gagal untuk dikesan. Dan apabila Hanif Basree dibebaskan apabila tidak bersalah atas kesalahan membunuh Norrita, maka tinggallah persoalan, adakah lelaki misteri yang mengadakan hubungan seks juga dengan mangsa telah membunuh mangsa? Malam kejadian, teman serumah mangsa, (Nor Azora Abdul Hamid) tiba di rumah pada pukul 5 pagi bersama teman lelakinya, seorang cina (Nor Azora tinggal sebilik bersama teman lelakinya) menyedari ada bau busuk seperti stokin yang busuk dari ruang rumah tersebut. Nor Azora juga ternampak kelibat lembaga yang keluar melalui pintu utama apartmentnya dan menghilang tetapi gagal dikejar oleh teman lelakinya. Persoalan seterusnya, dimanakah sumber bau busuk itu datang? Persoalan ini juga gagal dirungkaikan sehingga sekarang.

Forensik percaya mangsa tidak dirogol tetapi rela melakukan hubungan seks dengan suspect. Buktinya tiada kesan pergelutan dan juga kecederaan dibadan mangsa. Jadi, jika tiada perbuatan merogol, bagaimanakah suspect meliwat mangsa dalam keadaan kakinya terikat? Maaf ya, bagaimanakah suspect memasukan kemaluannya di dubur mangsa sedangkan mangsa tidak mengankangkan kakinya? Persoalan lagi, maka suspect telah dibunuh sebelum diikat kaki dan tangannya? Untuk apa diikat tangan dan kakinya selepas membunuh mangsa? Untuk memudahkannya dibawa dan dibuang di lokasi tertentu? Mampukah pembunuh membawa mayat mangsa turun kebawah (dari tingkat 7) tanpa disedari oleh sesiapa sahaja pada malam tersebut? Mungkin, kerana malam tersebut merupakan malam minggu.

Dan yang paling misteri adalah berkaitan dengan telefon bimbit mangsa. Apakah tiada siasatan dibuat terhadap telefon bimbit mangsa? Siapakah orang yang dihubunginya pada malam kejadian? Adakah sebarang mesaj kepadanya pada malam itu? Ugutan bunuh? Ataupun telefon bimbit mangsa telah dihapuskan? Oleh pembunuh? Pembunuh Upahan? Atau oleh sesiapa yang tidak mahu dirinya terlibat? Dan untuk menghilangkan kegiatannya itu, langkah menghapuskan telefon bimbit mangsa dilakukan. Mungkin pembunuh upahan digunakan di sini tetapi akan timbul lagi persoalan, siapakah yang mengupahnya? Apakah motifnya mengupah pembunuh tersebut? Satu fakta yang dapat diberi ialah tiada kesan pecah rumah terhadap rumah suspect. Bermakna mangsa mengenali suspect. Bukannya pembunuh upahan terlibat??

Maka banyak lagi persoalan-persoalan yang harus diungkaikan untuk mencari siapa pembunuh sebenar Norrita. Terima kasih kepada pihak Polis kerana telah banyak bertukus lumus bekerja untuk kes ini. Kepada keluarga mangsa diharapkan tabah kerana Pengadilan Tuhan itu sangat Adil. Dan kepada pemikir-pemikir sekalian, sesungguhnya sejauh mana fikiran ini, ingatlah Allah itu Maha Mengetahui.

0 comments:

Post a Comment


Ceritera ini ....

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah...

Dan telanlah KEBENARAN itu walaupun ianya sangat pahit..

Tanda-tanda kebenaran itu akan selalu dilihat dan mudah untuk dikenali bagi mereka-mereka yang fasih dan bijak mengamatinya

I follow~