Hari ini sahaja, 2 post sudah dikeluarkan… memang betul-betul ‘hantu’ blog datang la.. Mentang-mentang la hari ini hari Khamis, esok dah minta cuti, tak payah la pergi kerja. Boleh bermain-main bersama laptop ku yang sudah agak uzur ini.

Pelawat, pembaca dan pemikir.. saya juga sebahaigian daripada itu. Melawat blog-blog yang ada kalanya bagus, membaca post-post yang ada kalanya membina serta tidak kurangnya penuh dengan cacian maki hamun. Nun diakhir lawatan, memikirkannya dari segala aspek. Segala aspek umpama bulatan yang tiada segi. Umpama kita hendak mengeluarkan angin dari satu belon besar yang telah ditiup.. umpama ilmu di dalam satu bikar.. Ilmu yang diperolehi lebih banyak jika kita pecahkannya.. ilmu juga dapat diperolehi dari satu lubang sempit.. Jadi fitrah manusia selalunya mahukan yang banyak.. kenapa kita tidak mahu tamakkan ilmu sepertimana kita tamakkan harta ?

Blog ini juga sebenarnya satu senjata, yang kadang-kadang tajam membunuh musuh. Boleh juga senjata itu dijadikan perisai, penahan dari serangan-serangan senjata lain.. Tapi AWAS!! Jika senjata itu boleh mencederakan sesiapa, ingat lah senjata itu juga boleh memakan tuannya sendiri. Syed Azidi Syed Aziz, penulis blog kickdefella ditahan polis atas akta hasutan, menyeru rakyat Malaysia mengibarkan bendera secara terbalik. Abu Bakar A. Rashid, Bakar Hak penulis blog penarikbeca juga ditahan polis atas akta yang sama. Raja Petra bin Raja Kamarudin, penulis blog yang semestinya terkenal di Malaysia juga ditahan tetapi ditahan dibawah Akta ISA.

Blog-blog yang sempat dibaca saya juga ialah blogTun Dr. Mahathir, chedet dan juga penulis novel Faisal Tehrani. Blog chedet semestinya berkaitan dengan politik kerana beliau adalah orang politik. Saya tidak suka kepada permianan politik ini sendiri tetapi lebih tertarik kepada manusia yang jauh pengetahuan ini. Hanya kepada ilmunya itu sahaja tidak lebih daripada itu. Kerana dijanjikan tuhan orang yang berilmu itu diangkat darjatnya. Blof faisal tehrani lebih mirip kepada ilmu-ilmu kepolitikan keagamaan. Politik di dalam Agama. Bukannya Agama di dalam Politik. Jadi, saya seorang pelajar… Hanya mampu menulis blog yang berkaitan dengan buku teks? Hanya boleh berbicara tentang kehidupan di kampus? Ini yang harus kita kongsi bersama. Bukan ilmu duniawi, bukan ilmu akhirat tetapi ilmu hakiki.

Sekarang ini akan tumbuhlah blog-blog individu seperti blog saya ini bercambah dengan cepatnya tetapi yang membezakan blog-blog ini adalah pengisian dan juga buah fikiran yang dilontarkan. Pengisian yang bagus untuk rohani dan juga buah fikiran yang betul-betul menguji kita.. itu semua ilmu, dan ilmu inilah yang saya hendak kembangkan di jiwa ini dah juga antara kita. Seperti yang dikatakan, lawatlah bacalah fikirlah.. semoga tuhan memberkati saat ini dan juga mengangkat darjat kita dikalangan hamba-hambannya yang beriman.

0 comments:

Post a Comment


Ceritera ini ....

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah...

Dan telanlah KEBENARAN itu walaupun ianya sangat pahit..

Tanda-tanda kebenaran itu akan selalu dilihat dan mudah untuk dikenali bagi mereka-mereka yang fasih dan bijak mengamatinya

I follow~