Bermula tarikh akhir pilihanraya 2008 hingga tarikh ini (24 Dec. 2008), sudah banyak kedengaran suara-suara dari pelbagai pihak dalam Malaysia untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Saja dicoretkan disini tentang Piagam Madinah untuk difikir-fikirkan sejenak. Apakah yang dapat dilihat dari Piagam ini dan dibezakan dengan suasana di Malaysia dan seterusnya kepada umat Islam itu sendiri. Hanya pendahuluan yang akan kita bincangkan kerana jika mahu dikupas sehingga habis, rasanya terlalu banyak untuk dibicarakan.

Bermulanya langkah untuk membentuk Piagam Madinah telah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan perjanjian aqabah pertama dan seterusnya yang kedua. Bab ini boleh dibicarakan dalam topik lain tetapi tujuan kepada termetrainya perjanjian ini untuk mengislamkan dahulu kaum Aus dan Kazraj. Maksudnya pendekatan Nabi Muhammad S.A.W adalah untuk mengtauhidkan dahulu pegangan mereka. Adakah kita lihat apakah perkara pertama yang Nabi Muhammad S.A.W sampaikan ketika menyampaikan ajaran Islam di Mekkah? Adakah Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan tentang Fekaq dahulu, ataupun tentang Akhlaq? adakah pula disampaikan itu terus menerus kepada hukum hakam ataupun ibadat? Ada perbezaan antara ayat-ayat Makkiyah dendan Madaniyah dan boleh dibaca di sini.

Maka disini perubahan haruslah dimulai dengan mengenal Allah yang Maha Esa. Kerana yang mencipta manusia itu hanyalah Allah, yang membolak balikkan hati ini juga Allah dan sesungguhnya Hidayah itu juga milik Allah. Persoalannya, apakah itu sebenar-benar tauhid dan bagaimanakah tauhid membina peradaban manusia yang dahulunya dari zaman kegelapan kepada zaman kegemilangan? Tidak mahukah kita berubah ke zaman itu? Tidak mahukan diri kita hidup di zaman kegemilagan?

Perjanjian aqabah yang kedua disertai lebih ramai orang dan perjanjian ini mengesahkan lagi bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu sebagai pemimpin dan akan melindungi orang muhajirin jika berhijrah ke Madinah. Ini antara persediaan dan juga startegi Nabi Muhammad S.A.W sebelum berhijrah ke Madinah. Persediaan yang rapi dan tersusun menampakkan ketokohan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyusun strategi dalam pembentukan negara Madinah. Satu platform yang teguh telah dibina setelah terjadinya perjanjian aqabah yang pertama dan yang kedua.

Mengapakah sebelum dimetrai Piagam Madinah diIslamkan dahulu kaum Aus dan Kazraj? Di dalam Piagam Madinah ini, kita dapat melihat bagaimana Nabi Muhammad S.A.W mempersaudarakan saudara sesama Islam dan membina perpaduan diantara Islam dan Bukan Islam. Tidakkah kita lihat situasi ini agak hampir sama dengan suasana di Malaysia? Sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W, banyak perpecahan berlaku antara puak-puak tidak ketinggalan juga dengan kaum Yahudi yang tinggal di Madinah ketika itu? Adanya Islam dan bukan Islam. Bagaimanakah Nabi Muhammad S.A.W menyatukan mereka? Menyatukan dan mempersaudarakan sesama Islam untuk menguatkanagama Islam di Madinah, maka jadilah Islam itu sebagai agama majoriti di Madinah. (Sama di Malaysia?) Selepas itu Nabi Muhammad mewujudkan persefahaman anatara bukan Islam dengan Islam dengan terbentuknya satu umat (bangsa negara) yang mewajibkan semua tanpa mengira agama mempertahan Madinah dari serangan dan ancaman-ancaman luar. (Sama di Malaysia?) Dan apabila terlibat dengan perang atau perbelanjaan ekonomi, tidak kira agama harus bersama-sama menyumbang dan berbelanja.

Dalam perenggan diatas, dapat dihuraikan tentang titik persamaan antara sesama Islam dan juga titik persamaan terhadap Islam dan bukan Islam. Ini baru pendahuluan, hanya dinukilkan dimanakah bermulanya langkah pertama dalam membina Negara Madinah dan juga dimana titik persamaan antara sesama Islam dan juga bukan Islam. Situasi in hampir sama di Malaysia kerana sesama Islam pun sekarang berbalah atas nama politik dan juga antara sesama Islam dan bukan Islam berbalah atas nama hak asasi manusia.

Contoh telah diberi. Ambillah manfaat dan peluang ini, jadikanlah panduan ini untuk mengukuhkan lagi perlembagaan negara.Dengan mengambil contoh negara Madinah ini adakah boleh dikategorikan sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan ingatlan diakhir khutbah Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda " Nescaya tidak akan sesat sesiapa yang berpegang kepada Al`Quran dan Sunnah-Ku".Semoga kita ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui tiap-tiap kejadian yang berlaku.

0 comments:

Post a Comment


Ceritera ini ....

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah...

Dan telanlah KEBENARAN itu walaupun ianya sangat pahit..

Tanda-tanda kebenaran itu akan selalu dilihat dan mudah untuk dikenali bagi mereka-mereka yang fasih dan bijak mengamatinya

I follow~